Stress menganggu nutrein makanan


Kesibukan harian membuatkan kita lupa nikmat sihat.    Stres menyebabkan penurunan sistem imun badan yang akhirnya akan membawa pelbagai penyakit gaya hidup moden seperti diabetes. hipertensi, kanser dan sakit jantung.

Tubuh kita hanya mendapat nutrein daripada apa yang kita makan dalam keadaan minda yang tidak terganggu. Dalam ertikata lain apabila tubuh kita stres maka kita tidak akan dapat sebarang kebaikan nutrien yang ada dalam makanan.

Mereka yang mengalami tekanan adakalanya akan mempunyai kekurangan asid folik.  Mengambil makanan yang tinggi dengan vitamin boleh membantu  untuk mengurangkan paras homosistein yang tinggi apabila seseorang itu stres.   Homosistein yang tinggi boleh menyebabkan strok, penyakit jantung dan osteoporosis.

Tip mengurangkan tekanan/stres

1.  Pengambilan  makanan yang mengandungi asid folik.
     seperti avokado, bayam, brokoli.

2.  Magnesium yang tinggi dari barli, sayuran hijau dan almond.

3.  pengambilan Vitamin c  dari buah-buahan

4.  mengambil suplemen yang mengandungi Vitamin C  dan  B complex adalah salah satu cara yang  cepat dan berkesan untuk mengurangkan tekanan  seharian.
Image result for makanan mengandungi nutrien