Monday, 24 October 2016

Tip Untuk Hilangkan Stress


  





 
Sebut sahaja perkataan stres, dahi  akan berkerut, itulah penangan stres. Banyak faktor boleh menyumbang kepada perkara ini seperti kesesakan jalan raya, dimarahi bos, kerja yang terlalu banyak dan boleh jadi juga putus cinta.

Stres boleh mengundang pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, diabetes, kemurungan, dan alzheimer.   Jika kita  tidak mahu jadi salah seorang yang menghidapnya,  jom kita  tangani stres dengan  cara yang mudah.

Aroma lavender
Siapa di antara anda semua peminat lavender? Tahu atau tidak, selain dari baunya yang harum, lavender juga mempunyai banyak manfaat lain. Mengikut salah satu kajian di Jepun,  bauan yang terdapat pada lavender dikatakan mampu menenangkan fikiran. Ia boleh memberikan kesan relaks dan santai dan kini lavender telah menjadi antara bahan popular untuk beberapa produk kecantikan dan kesihatan.
.
 
Layan muzik

mendengarkan lagu favourite anda. Banyak pilihan muzik terkini pelbagai genre seperti Bruno Mars, 'If I Was Your Man',  hinggalah ke lagu-lagu evergreen seperti daripada kumpulan Backstreet Boys dan Westlife. Seeloknya pilihlah muzik yang tidak terlalu rancak kerana ia mungkin akan membuatkan fikiran anda lebih berserabut.
Kajian daripada University of Marylands yang mengatakan dengan mendengar muzik kegemaran, sistem peredaran darah akan menjadi lebih lancar serta aliran darah dapat ditingkatkan.   Wah, ini bukan sahaja mampu menenangkan anda, tetapi baik untuk kesihatan jantung anda.

Resipi ketenangan

Mencuba  beberapa resepi anda sendiri seperti pavlova, brownies, dan pelbagai lagi.   Ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu terapi untuk melupakan masalah yang dialami.   Aroma da rasa manis pada makanan seperti coklat  juga dikatakan mampu meningkatkan kadar hormon Endorfin yang akan membuat kita merasa senang hati dan bahagia.