Set Hamil Shaklee

Assalamualaikum..

Hari ni  ummi  nak share set hamil yang menjadi pilihan ramai, insyaAllah akan berguna untuk semua.  Sekarang kita sangat bertuah kerana ada bermacam jenis vitamin untuk ibu mengandung di pasaran.   Zaman dahulu ummi rasanya tak ada semua tu, untuk ibu mengandung ni.  Set hamil shaklee ni sangat bagus  mengikut pendapat  dari kawan-kawan yang pernah ambik vitamin ni.

Biasanya bila kita mengandung tubuh selalu letih dan tidak selesa  tetapi dengan set hamil  badan jadi lebih cergas  dan bertenaga sepanjang mengandung.   Biasanya masa peringkat awal  akan rasa tidak selesa, alahan dan mabuk teruk, tubuh  tak bermaya, letih, selera makan pun berkurang. Jadi, ummi syor amalkan supplement Shaklee untuk tambah balik apa yang kurang dan tak cukup zat dalam badan.


Kulit secara tak langsung menjadi cantik semasa mengandung tiada masalah jerawat, antara salah satu faktor juga, pengambilan yang konsisten set hamil Shaklee. Kulit baby dalam kandungan yang bakal lahir pun cantik.  



Bacaan HB dan BP alhamdulillah, memang sangat-sangat membantu,  sekiranya hb kurang memang menjadi masalah pada ibu dan baby.  Berkemungkinan memerlukan rawatan lanjut di hospital.


Berat badan semasa mengandung adalah terkawal dimana semasa mengandung, kenaikan berat ialah tidak boleh melebihi apa yang disyorkan oleh doktor dan nurse.   Jadi set kehamilan ini sangat membantu. terutamanya  ESP soya protein yang dapat mengawal kenaikan berat badan.

Bukan itu sahaja, pil kalsium ostematrix juga membantu wanita mengandung daripada daripada sakit-sakit badan dan pinggang. Bila masuk 4 bulan keatas sahaja, semua sakit-sakit badan dan pinggang akan menyerang tubuh badan kita. 




    Vitalea 

    Vitalea mengandungi zat besi.   Kebaikan set mengandung Shaklee ialah membantu masalah bacaan HB rendah yang boleh membawa kepada anemia di kalangan ibu mengandung. Jika HB sentiasa rendah mungkin boleh menyebabkan komplikasi ketika melahirkan bayi. Ibu-ibu yang mudah letih serta rasa hendak pitam elok amalkan vitalea dua biji sehari. 

      B Complex 


      Boleh mencegah penyakit diabetes ketika hamil. Berfungsi menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga.   Disamping mengandungi asid folik yang elok untuk perkembangan saraf bayi dan mencegah kecacatan pada janin.  Biasanya Ibu-ibu hamil yang sentiasa stress dengan kerja rumah dan pejabat dimana  B Complex boleh hilangkan stress juga sakit kepala.
        Vitamin C 

        Dapat menguatkan sistem imun badan.  Ibu-ibu yang sedang hamil kena jaga kesihatan serta mengelak diri daripada dijangkiti penyakit  jika ibu hamil jatuh sakit.  Pengambilan ubat yang  tidak bersesuaian ketika hamil adalah bahaya bagi ibu hamil.  Disamping membantu pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Vitamin C  juga menggalakkan pertumbuhan kolagen, membantu ibu hamil kekal cantik, mempunyai kulit yang berseri serta tidak kusam semasa mengandung.

          Ostematrix 


          Mengatasi masalah sakit-sakit otot, pinggang serta sengal-sengal badan ketika hamil. Masalah buasir serta sembelit ketika hamil juga dapat diatasi dengan mengamalkan Ostematrix sebelum tidur.   Ostematrix ini ialah bekalan kaslium dengan vitamin D yang membantu juga ibu-ibu untuk tidur lena dan berkualiti sepanjang malam supaya kekal segar keesokan harinya. Selain itu, jika mengalami msalah tekanan darah tinggi atau rendah, Ostematrix dapat membantu untuk mencegah masalah ini berulang.

          ESP 

          membantu meningkatkan pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Ianya juga membantu mengawal paras kolesterol ibu-ibu hamil. Paras G.I yang rendah sesuai diamalkn oleh ibu hamil diabetes kerana memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta membekalkan tenaga berpanjangan untuk ibu-ibu.


          Omega Guard
            

          Omega penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi. Dengan amalkan Omega Guard setiap hari berat ibu hamil dapat dikawal. Kepada ibu-ibu yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak boleh cuba amalkan Omega Guard bermula dari trimester kedua bagi membantu mengawal berat badan.


          Testimoni Set Hamil Shaklee






          Dapat segera set hamil dengan klik button dibawah atau whatsapp pada ummi untuk keterangan lanjut.



          Norma/Ummi ma
          Call/sms/Whatssap : 0129810664



          Email : norrma753@gmail.com.my

          FaceBook : Nor Ma 

          Instagram : iamlavender_shakleeterengganu

          Pos Seluruh Malaysia


          No comments